Kuching City dilihat sedang membuat persiapan rapi bagi menghadapi musim hadapan dengan pengumuman pengambilan beberapa pemain baharu bagi pasukan musim depan.
Sebelum ini, pasukan bimbingan Irfan Bakti itu telahpun mengesahkan mereka akan menyerap lapan pemain dari pasukan Piala Presiden mereke, dan baru – baru ini Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KC FC Iswandi Ali Hassan telah juga memberitahu sebuah media tempatan bahawa tiga pemain import baharu akan dibawa masuk ke pasukan The Cats.
Menurut laporan media tersebut, ketiga – tiga pemain tersebut merupakan pemain yang sudah kini bermain di Liga Malaysia, dengan dua daripada tiga pemain tersebut merupakan pemain import yang beraksi di Liga Super musim ini, dan seorang lagi di Liga Premier.
Iswandi dalam pada itu mengesahkan mereka akan menyertai sesi latihan Kuching City pada 20 Disember ini, namun mengakui bahawa pemain import yang dibawa masuk adalah pemain yang beraksi pada posisi serangan dan pertahanan.
Buat masa ini, nama pemain import Kuching City yang baharu tidak dapat dipastikan dan diketahui, namun ianya semua dijangka akan diketahui dalam beberapa hari lagi.
Dengan pengumuman tiga pemain itu, tempat 11 pemain yang dilepaskan Kuching City bahru baru ini sudah sah terisi semula oleh Irfan Bakti.
Pemain import Kuching City yang dilepaskan tidak diketahui memandangkan kelab tersebut tidak ada membuat sebarang pengumuman rasmi.