LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Keseriusan pasukan Kuching City untuk mencabar tempat di Liga Super 2023 semakin terasa apabile kelab tersebut mengumumkan pemain import terbaharunya Keanu Marsh-Brown.

Keanu yang mempunyi dwi-kerakyatan itu merupakan pemain kelahiran Akademi Kelab Bolasepak Fulham, yang merupakan salah satu pasukan yang ternama di Liga Inggeris.

Berketinggian 1.81m, Keanu juga merupakan bekas pemain kebangsaan England dan kini Guyana.

Dari segi profil, Keanu dilihat sebagai satu ‘pembelian’ baik bagi Kuching City memandangkan pemain berusia 29 tahun itu dikhabarkan pernah menarik minat Tottenham Hotspur dan Manchester City.

Sungguhpun demikian, Keanu telah dilaporkan terus kekal bersama Fulham sehingga musim 2011.

Di Fulham, Keanu direkod pernah disenaraikan sebagai pemain simpanan Fulham untuk perlawanan UEFA Europa League, namun beliau tidak diturunkan.

Beliau kemudiannya dipinjamkan ke Milton Keynes Dons dan Dundee United sehingga akhirnya berhijrah ke kelab Liga Dua Liga Inggeris, Oldham Athletic.

Selepas semusim bersama Oldham, Keanu telah menyertai sembilan lagi pauskan di sekitar United Kingdom, sebelum dipancing ke Kuchig City musim ini.

Majlis menandatangani Keanu telah dilaksanakan Kuching City hari ini tadi di Ibu Pejabat kelab tersebut.

>> BELI JERSI KUCHING CITY FC KEANU