Kuching City balik ke Kuching untuk Piala Malaysia

Kelab bola sepak Kuching City akan kembali bermain di Kuching.

Menurut laporan berita tempatan, kelab bola sepak tersebut akan memainkan perlawanan terakhir mereka di Stadium Negeri, yakni menentang pasukan gergasi Pantai Timur, Terengganu pada 10 November hadapan.

Perlawanan tersebut merupakan perlawanan terakhir Kuching City dalam Piala Malaysia di peringkat Kumpulan B.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kuching City, Iswandi Ali Hassan dipetik akhbar tempatan sebagai berkata bahawa perkara tersebut kini sah dan pemain pasti gembira dengan berita tersebut.

// LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE

“Kita akan beraksi di Kuching untuk perlawanan terakhir peringkat kumpulan B menentang Terengganu FC pada 10 November nanti. Saya percaya pemain pasti gembira dengan berita itu,” Iswandi dipetik sebagai berkata di dalam media SS.

Kuching City kini di kedudukan terakhir di dalam Kumpulan B dengan satu mata dari dua perlawanan.

Biarpun demikian, kelab bimbingan Irfan Bakti itu masih boleh melayakkan diri ke peringkat suku akhir sekiranya memungut mata penuh dalam perlawanan – perlawanan akan datang.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top