Kuching City berjaya meraih tiga mata penuh malam ini apabila berjaya menewaskan Sarawak United FC di Stadium Negeri sebentar tadi.

Sarawak United yang menurunkan barisan terkuat mereka ketingalan di belakang seawal minit ke-18 apabila Hairol Mokhtar menjaringkan gol pertama perlawanan untuk pasukan tuan rumah.

Sarawak United enggan mengalah dan berjaya menyamakan kedudukan apabila babak kedua bersambung melalui penyerang sensasinya, Patrick Ronaldinho.

Selepas itu, kedua – dua pasukan dilihat saling berbalas serangan, dan keputusan seri seolah – olah akan sekali lagi tercipta buat kali ini.

Sungguhpun demikian, ketua pasukan Kuching, Rafiezan Razali mengesahkan Kuching membawa pulang tiga mata pertama pasukan muda itu dengan jaringan pada minit – minit terakhir perlawanan, sekaligus memberikan pasukan Kuching kemenangan penuh makna pada malam ini.

Keputusan 2 – 1 memihak Kuching itu tidak akan mengubah kedudukan Kuching di dalam Liga Premier, namun kedudukan Sarawak United di tangga ke-11 liga kini boleh dicabar oleh pasukan Kuching yang kini mengumpul empat mata.