Ketua jurulatih Sarawak United E Elavarasan, mahu bahagian penyudah beliau lebih mantap apabila pasukan tersebut bertemu satu lagi pasukan yang baru sahaja didinaiikan dari Liga M3 musim ini, Kelantan United.

Jurulatih berpengalaman itu mengakui bahawa penyudah pasukan bimbingannya ‘tumpul’ ketika menentang Kuching City minggu lepas, sekaligus menyaksikan kekalahan berlaku.

Beliau juga mengakui bahawa pasukannya akur dengan kekalahan kepada pasukan Kuching City, namun akan bangkit apabila bertemu Kelantan United esok (Jumaat).

“Kami berjaya mencipta beberapa peluang untuk menembusi gawang lawan tetapi penyerang gagal untuk menjaringkan gol” kata Elavarasan kepada Suara Sarawak.

“Kita akur dengan kekalahan kepada pasukan jiran namun akan bangkit untuk perlawanan seterusnya menentang Kelantan United FC pada Jumaat ini”.

Biarpun Elavarasan mengakui kehambaran barisan penyerangnya pada Sabtu lalu, Patrick Ronaldinho Wleh merupakan antara penjaring terbanyak Liga Premier dengan empat gol setakat ini.

Kekalahan Sarawak United kepada Kuching pada minggu lepas menyaksikan Kuching kini berada di tangga ke-11 Liga Premier, satu anak tangga di atas Kuching yang kini menduduki tangga tercorot.

Jika menang menentang Kelantan United, Sarawak United mampu melompat sejauh tangga ke-lapan di dalam Liga Premier, namun kekalahan boleh mengakibatkan pasukan tersebut pula turun ke bawah liga jika Kuching meneruskan rentak kemenangan.

Sarawak United akan menerima kunjungan Kelantan United pada jam 8.15PM di Stadim Negeri, dengan perlawanan boleh disaksikan secara langsung melalui aplikasi MyCujoo.