Khidmat semua pemain penyerang Sarawak kini berada di hujung tanduk selepas Sarawak sekali lagi gagal memungut mata penuh, dan meneruskan momentum kemenangan mereka di dalam Liga Super.
K Rajagobal di dalam satu temuramah selepas perlawanan menentang T-Team (Terengganu FC II) mengesahkan bahawa beliau mungkin terpaksa mencari pemain baharu sekiranya mereka terus gagal menemui sentuhan.
Rajagobal turut membayangkan penukaran pemain import selepas mengesahkan beliau tidak berpuas hati dengan penyudah Sarawak setakat ini, yang mana dipelopori oleh dua penyerang import Ndumba Makeche dan Gilmar Silva.
Kekecewaan jelas terbayang di wajah Rajagobal yang turut tidak menolak akan berlakunya rombakan besar-besaran apabila jendela perpindahan Liga Malaysia dibuka kelak.
Di dalam perlawanan menentang T-Team Sabtu lalu, Sarawak telah tewas 0-2 kepada pasukan pelawat.