Penolong pengurus pasukan Sarawak FA Abang Fomay Abang Sa’adeli menegaskan bahawa pasukan Sarawak FA perlu menang apabila bertandang ke Likas malam ini.

Menurut Fomay, pemain Sarawak perlu fokus dan meninggkatkan corak permainan agar kemenangan boleh diperolehi.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Tambah Fomay, pemain harus memanfaatkan setiap peluang yang imiliki ketika menentang Sabah yang diakuinya merupakan lawan yang cukup sukar.

Beliau turut mengesahkan pasukan Sarawak sudah membuat kaji-selidik (post-mortem) selepas kekalahan kepada UKM dan usaha telah dibuat untuk memperbaiki bahagian pertahanan yang dikatakan rapuh.

“Sukar memang sukar… namun jika semua pemain yakin dengan kemampuan sendiri, kemenangan ke atas Sabah bukan perkara mustahil.

Apa yang penting, semua pemain harus meningkatkan corak permainan, lebih fokus dan tidak mensia-siakan setiap peluang yang dimiliki” kata Fomay dalam artikel yang disiarkan Utusan Borneo.