Inisiatif daripada Malaysian Football League, (MFL) dan Amateur Football League, (AFL) yang sentiasa berusaha membantu saingan di Liga M3 berjalan lancar dan kompetitif mendapat pujian daripada pemain tengah Kelantan United, Mohd Badhri Radzi, atau lebih popular dengan nama Piya.

Menurut Piya aura daripada penyokong semakin hebat terhadap liga M3 dan beliau berharap kehadiran penyokong terhadap perlawanan melibatkan pasukan Liga M3 akan tidak berhenti.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

“Makin lama saya tengok penyokong-penyokong sudah mula menunjukkan minat mereka untuk datang saksikan perlawanan dan persepsi terhadap Liga M3 ini juga begitu positif.

“Sewaktu aksi menentang Penjara FC tempoh hari pun, saya terkejut tengok kehadiran penyokong yang saya boleh anggap luar biasa dalam liga ini dan harap ia tidak terhenti sampai situ sahaja untuk kami sebagai pemain terus beraksi cemerlang musim ini dan musim akan datang”, jelasnya.

Sebagai rekod,aksi Penjara dan Kelantan United di Stadium Mini Penjara Kajang mencatatkan kira-kira kehadiran 1,050 penonton, antara jumlah tertinggi dalam saingan Liga M3.