Pasukan Sarawak FA terus kecewa di dalam saingan Liga Premier malam tadi selepas tiga gol jaringan pemain import Rodojub Paunovic membantu pasukan Sabah FA memenangi ‘Borneo Derby’ di Stadium Likas.

Perlawanan yang bermula pada jam 8:15PM itu menyaksikan Sabah tidak perlu menunggu lama untuk merobek kubu pertahanan pasukan pelawat apanila Paunovic menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-10.

SarawakCrocs Fantasy Premier League 2019/20

Pada minit ke-38, Sabah melebarkan jurang jaringan, melalui penyerang import baharunya Aguinaldo Policarpo, sekaligus meletakkan pasukan negeri di bawah bayu itu semakin selesa di hadapan.

Selepas bermulanya sepak mula babak kedua, Sarawak berjaya merapatkan jurang gol melalui gol jaringan Bobby Gonzales namun Sabah terus garang meratah Sarawak selepas itu melalui jaringan minit ke-63 dan 84 oleh Paunovic.

Jaringan minit ke-84 mengesahkan hattrick Paunovic di dalam perlawanan itu.

Sarawak cuba bangkit pada minit-minit terakhir perlawanan namun kedudukan 4-1 memihak Sabah kekal sehingga tamat masa perlawanan.

Kekalahan ini meletakkan Sarawak di kedudukan lebih sukar untuk keluar dari kelompok penyingkiran Liga Premier, dengan Sabah pula semakin gah di tahta liga sama.