Keputusan perlawanan persahabatan Kuching FA di Johor

Pasukan Kuching FA telah menamatkan dua aksi perlawanan persahabatan di Johor dengan keputusan memberangsangkan, biarpun gagal mengecapi sebarang kemenangan apabila menentang pasukan di bawah naungan kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Pada Sabtu lalu, pasukan Liga FAM dari bandaraya Kuching itu tews 3-1 kepada pasukan Liga Premier JDT FC II, dengan Sufizal Ismail meledakkan gol tunggal pasukan Kuching FA pada babak pertama perlawanan.

Pada Ahad pula, pasukan bimbingan Sharizan Sahari berjaya mengikat pasukan Liga FAM tanpa sebarang jaringan, sekaligus memberi petanda baik bahawa Kuching FA mampu bersaing dengan sebuah kelab yang diangap mempunyai kemudahan terbaik di Malaysia.

Kuching FA dalam pada itu dijangka akan membuat beberapa siri perlawanan persahabatan pada musim ini, dan dijangka akan terus memantapkan lagi barisan utama menjelang perlawanan Liga FAM yang akan bermula bulan hadapan.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top