Kelab bola sepak Sarawak United hari ini mengesahkan mereka telah mengikat seorang lagi pemain berdarah kacukan untuk membantu dalam misi mereka melayakkan diri ke Liga Super pada musim hadapan.
Menurut laman sosial rasmi kelab tersebut, pemain tersebut adalah Mathis Mansor, yang berumur 24 tahun.
Mathias adalah pemain berdarah kacukan Malaysia dan Perancis, dan beliau pernah menjadi kapten pasukan Kuala Lumpur Youth Soccer (KYLS) sejak berumur 8 tahun.
Semasa bersaja KYLS, Mathias telah beraksi di Gothia Youth World Cup di Sweden, yang mana menghimpunkan lebih 1,700 pasukan dari 80 negara dari seluruh dunia.
Mathias kemudiannya bermain dengan Dana Cup di Denmark, sebelum memasuki Monash University Malaysia untuk melanjutkan pelajarannya. Mathis juga telah diserap ke pasukan Piala Presiden PKNS FC bagi pasukan di bawah 21 tahun, yang mana kemudiannya menyaksikan beliau mendapat Biasiswa Bola Sepak di Canada.
Di Kanada, Mathias mewakili University di Kamloops, selama satu musim sebelum kembali ke Malaysia bagi menyertai Kelantan United FC musim 2020.