Mantan pemain Sarawak FA, Sabri Sahar, kini telah menyertai pasukan Sarawak United FC.

Sabri yang pada musim lalu dan musim ini telah menyarung jersi Sabah FC, pernah bermain untuk pasukan Sarawak FA semasa era Robert Alberts.

Beliau yang berumur 28 tahun pada tahun ini merupakan pemain tengah yang disegani dan merupakan antara pemain kedua yang diumumkan menyertai Sarawak United pada pintu perpindahan kedua musim ini.

Sebelum ini, Sarawak United telah mengumumkan pengambilan pemain kacukan Mathias Mansor ke dalam pasukan mereka.

Pengambilan kedua -dua pemain baharu ini dijangka akan menyaksikan pasukan bimbingan E. Elavarasan mengetepikan beberapa pemain sedia ada bagi membuka ruang bagi mereka untuk disenaraikan sebagai pemain rasmi Sarawak United untuk Liga Malaysia musim ini.

Dalam perkembangan sama, pengambilan pemain baharu dilihat bakal memperkukuhkan lagi pasukan Elavarasan yang kini sedang selesa di atas Liga Premier.