Ketua Jurulatih Sarawak FA, Ian Gillan, sah akan meninggalkan pasukan Bujang Senang hari ini.

Gillan yang memiliki kontrak dua tahun telah diambil sebagai ketua jurulatih pasukan Sarawak FA pada tahun 2017 menamatkan kontrak beliau kelmarin pada 30 November 2019.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Sepanjang Gillan mengemudi pasukan Sarawak FA, pasukan Bujang Senang telah mendaki setinggi kedudukan kedua di dalam Liga Premier dengan pemain Sarawak FA didakwa rata-rata amat menggemari corak latihan dan teknik pengendalian oleh beliau.

Menurut sumber kami, Gillan tidak ditawarkan sebarang kontrak baharu dan status beliau lebih kepada pemerhati dan pembantu kepada pasukan sejak beliau ‘direhatkan’ oleh pihak pengurusan Persatuan Bolasepak Sarawak pada 8 Ogos 2018.

Walaupun direhatkan, nama Gillan masih digunapakai oleh pasukan Sarawak FA untuk dokumentasi perlawanan melibatkan Sarawak FA selepas itu kerana Ketua Jurulatih Interim, yang juga merupakan Penolong Jurulatih Sarawak FA, Denny Da’ail, tidak memiliki lesen tersebut, namun sedang berusaha mendapatkan Lesen A.

Malaysia Football League (MFL) mensyaratkan semua ketua jurulatih Liga Malaysia memiliki sijil kejurulatihan Lesen A.

Mantan CEO MFL, Kevin Ramalinggam memaklumkan kepada kami bahawa ianya bergantung kepada pihak pengurusan pasukan untuk menentukan siapakah yang seharusnya mengendalikan sesebuah pasukan, sekaligus menggambarkan kes seperti yang berlaku di Sarawak FA sebagai sah.

Hala tuju Gillan selepas ini tidak diketahui namun kami mengucapkan selamat berjaya kepada Gillan!