Malaysia Football League (MFL) telah menetapkan bahawa mana – mana pasukan yang mempunyai kes positif Covid-19 akan memberi kemenangan percuma kepada lawannya sepanjang tempoh Piala Malaysia.
Perkara tersebut telah dimaklumkan MFL menerusi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Stuart Ramalingam, yang berkata, badan induk pentadbir Liga Malaysia itu akan bertindak lebih tegas dengan memberikan kemenangan percuma kepada pasukan lawan sekiranya ada kes positif COVID-19 dilaporkan dalam mana-mana pasukan seterusnya menyebabkan keseluruhan skuad diarah menjalani kuarantin.
Jelasnya, penegasan mengenai peraturan itu sudah dimaklumkan kepada semua pasukan dan mereka memahami peraturan tersebut.
Peraturan ini ditetapkan berikutan MFL tidak boleh menangguhkan perlawanan melibatkan pasukan yang terpaksa menjalani kuarantin akibat kes COVID-19 dalam tempoh lama kerana Liga Malaysia perlu berakhir sebelum hujung November 2021 bagi mengelak masalah kontrak pemain bersama pasukan.
// LIHAT DISKAUN HINGGA 90% UNTUK JAM PINTAR HUAWEI
Keputusan tersebut telah mendapat respon positif pasukan bertanding.
Antaranya Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang FC, Datuk Muhammed Suffian Awang, yang merasakan sudah tiba pada masanya peraturan dilaksanakan setelah beberapa perlawanan ditangguhkan sebelum ini pada saingan Liga Super dan Premier.
Tambahnya, itu akan membuatkan semua pasukan sepanjang masa akan lebih berhati-hati dalam menjaga Prosedur Operasi Standard (SOP)
terutama semasa di dalam latihan secara Camp Based.
“Pada saya, SOP yang telah ditetapkan itu memang kita kena ikut juga demi keselamatan semua orang.
“Pemotongan tiga mata yang diberitahu oleh MFL itu bagi saya memang “pahit” untuk ditelan, tetapi itulah senario bermain bolasepak dalam keadaan pandemik yang perlu kita terima.
“Sebab kita inginkan kelancaran kejohanan, tidak mahu perlawanan tertangguh lagi dan saranan saya adalah sekarang menjadi tanggungjawab pasukan sendiri untuk lebih berdisiplin dan memastikan diri tidak dijangkiti.
“Kita faham komitmen berat daripada MFL dan kita sendiri pun kena ada komitmen masing-masing juga, jadi kita terima keputusan itu,” katanya.
// LIHAT PROMOSI GILA MURAH HARI INI
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr.Johan Kamal Hamidon berpendapat sudah sampai masanya pihak kerajaan terutamanya Majlis Keselamatan Negara (MKN) mempertimbangkan cadangan agar tidak mewajibkan semua pasukan dikuarantin jika ada pemain yang positif sepertimana diamalkan oleh kebanyakan liga-liga Eropah.
Malah beliau melihat semua pasukan mungkin sudah boleh melakukan latihan secara home based yang disifatkan amat sesuai selepas banyak kelonggaran dibuka dalam banyak sektor sukan kepada orang-orang awam.
” Saya rasa sudah sampai masanya jika ada pasukan-pasukan yang pemain mereka positif,mungkin hanya perlu kuarantin sahaja manakala selebihnya perlu melakukan ujian PCR.
” Namun untuk soal ini saya rasa latihan secara home based lebih sesuai dan kita harap ada kelonggaran dari pihak kerajaan.
” Saya berpandangan sebegini kerana melihat sektor sukan di luar sana sudah mula dibenarkan seperti penggunaan padang awam untuk permainan bola sepak, gimnasium dan kolam renang, mungkin sudah sampai masanya perlu dikaji semula,” katanya.
Kejohanan Piala Malaysia yang akan bermula pada 25 September ini dengan tiga pasukan dari Borneo Malaysia dijangka terlibat, yakni Sarawak United, Sabah dan Kuching City.