Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) mendapat suntikan moral besar hari ini apabila Y.Bhg. Dato Hajjah Hanifah H. Taib-Alsree, anak bongsu kepada Tuan Yang Terutama Sarawak (TYT) Tun Pehin Sri Taib Mahmud, dilantik sebagai Penasihat FAS.
Pengumuman pelantikan Hanifah dibuat pada satu sidang media khas yang dipanggil petang tadi di Hotel Dormani,Satok.
Turut hadir pada sidang media tersebut adalah Exco FAS yang baru dilantik melalui Mesyuarat Agung Tahunan FAS yang lepas.
Menurut SarawakVoice, Hanifah merupakan Pengarah di 16 buah syarikat dan pemegang saham di 90 buah syarikat lain di Malaysia. Beliau juga merupakan Pengarah Eksekutif stesen radio Cats FM yang berpangkalan di Kuching.
Beliau yang berumur 44 tahun turut giat di dalam bidang kebajikan dan terlibat secara aktif sebagai Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Sarawak (PERKIS).
Adalah dilaporkan kepada kami bahawa Hanifah adalah seorang peminat bolasepak, dengan kehadiran beliau yang kerap ke perlawanan Sarawak semasa masih muda.
Pelantikan Hanifah sebagai Penasihat FAS dijangka akan banyak membantu FAS menjana dana secukupnya untuk musim 2017, dimana FAS akan secara beransur-ansur membawa pasukan Bujang Senang ke arah menjadi sebuah kelab bolasepak di Malaysia.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys




Bantu penaja psukan swk ke
Bagus lah Kalau macam jdt nanti kan bes hehehe
Leo messi satu
Klau betul meletop letop team sarawak musin 2017..import mesti yg mantap2
Bantu apa ya? Sik dpt bukak link, sikda kuota 😂
Terbaiklah
RYAN GIGGS COACH
Bkn anak pehin ka?
Baguslah utk kebaikan bolasepak sarawak..
dpt ambik player yg bgs musim depan,JKT musim depan ke swk balik lh ia..
Jgn ambik permainan yang dibuang pasukan lain, cari pemain dari Thailand atau Laos…
Yang paling utama penjaga gol Uu…
btol pok…crk nok baru lahir ya,yg msh virgin…xda bekas player org lain
Aikkk..anak bongsu pehin Taib nak
Jadi penasihat FAS
Hanifah ya anak TYT…
upgrade stadium..jersi pegi adidas/nike..pergghh
suruh toh puan ragad jak jd presiden fas.. ada juak saingan tun aminah JDT haha..
HarisFazillah Aries
Tq…bantulah apa nak patut…semoga sarawak kekal mantap disaingan liga super yg akan datang…!
Minta bantu tenaga mahir dan profesional luar negara..
mana lah…asal ada orang bantu..walau pun bantu ada makna
Sarawak kekal liga super kh
Era ‘Diraja’ Sarawak dah dtg hehe
Abes la..penasihat sampai mati
Bab duit jak suruh nya tlg cari tapi bab teknikal serah pada yang pakar bolasepak.
Jeng3…mok cek almari tok..ahaa…ney sprm…x kesh sbna nya sapa..asal nang jiwa bola kdak tmj ya..
Angin Baru.ngarap bisi heng.
Kalau mcm ni besar bajet bolasepak sarawak.
Boleh beli player power mcm JDT
Tok kmk setuju..
mun sik lokek..
Wait and see
sapa presiden tek min
Belum ada gik…
ktk jd presiden jk min kmk jd pencadang
Follow what JDT do.
Abislahhh
Dato hanifah tok..
Oiiiiii….celaka anak taib ni..dah alh bapak penyamun.perompak anak pulak dilantik penasihat FAS.Keturunan gila duit..sial..lu..celaka habislah FAS.
Sokong 100%
Sokong 101%. sebagai penasihat FAS dapat pasukan Sarawak mcm JDT. Banyak org pergi penuh stadium. We support you.
Ambih dana FAS sapu bandaraya nya ila
Bgs2… Sng carik sponsor
[…] Dalam pada itu, Datuk Posa Majais telah memangku jawatan presiden sehingga kini, dengan Datuk Hajjah Hanifah dilantik sebagai Penasihat FAS. […]