Penasihat Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS)  yang baharu,  Dato Hajjah Hanifah Taib, mengatakan bahawa beliau bersetuju untuk dilantik sebagai penasihat atas perasaan sayang beliau kepada Sarawak. 

Beliau yang berucap pada sidang media di Hotel Dormani petang tadi, menyatakan bahawa pasukan Bujang Senang adalah pasukan bolasepak yang paling dekat di hati beliau. 

Dalam pada itu, beliau tidak mahu  Sarawak terus terumbang-ambing, dan tidak mahu melihat pasukan kesayangannya rebah.

Hanifah turut menyatakan bahawa beliau akan memberi tumpuan kepada perlawanan terakhir Sarawak pada 22 Oktober ini,  dan telah meminta FAS memberi tumpuan kepada pasukan Piala Presiden, Piala Belia dan juga Pasukan Wanita Sarawak. 

Hanifah dilantik sebagai Penasihat FAS yang rasmi hari ini setelah pelantikan beliau dipersetujui sebulat suara semasa mesyuarat exco FAS petang tadi. 

37 COMMENTS

  1. Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) hari ini membuat kejutan apabila melantik Datuk Hanifah Hajar Taib-Alsree, 44 tahun sebagai penasihatnya, dan berkuat kuasa serta-merta. Pelantikan itu mengesahkan desas-desus kebelakangan ini yang mengatakan seorang wanita akan dilantik mengetuai persatuan itu, selepas ketiadaan nakhoda sejak September lalu. Menurut Pemangku Presidennya, Abdul Wahab Rahim, pelantikan Hanifah sebagai penasihat, telah dipersetujui dan disahkan oleh mesyuarat pada hari ini dan ia merupakan yang pertama dihadirinya. “Kami berharap dia dapat membimbing kami dalam memastikan sukan bola sepak di negeri ini dapat memenuhi kehendak para peminatnya,” katanya. Sebelum ini beberapa nama seperti Abdullah Saidol dan Gerald Rentap Jabu diwarwarkan sebagai presiden baharu persatuan itu, namun Abdullah menolak kerana komitmennya yang tinggi sebagai Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri dan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Semop. Hanifah yang juga anak bongsu kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, merupakan seorang yang aktif dan giat menjalankan aktiviti kebajikan di negeri itu, terutama sebagai Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Sarawak (PERKIS), yang diwarisinya daripada ibunya, Allahyarham Puan Sri Hajah Laila Taib. Selain memegang jawatan sebagai Pengarah Eksekutif Kristal Harta Sdn Bhd yang memiliki radio swasta Cats FM , Hanifah juga merupakan pengarah di 16 buah syarikat dan pemegang saham di 90 buah syarikat lain di negara ini. Di Australia, Hanifah merupakan pemegang saham utama Sitehost Pty Ltd, yang memiliki hotel bertaraf lima bintang seperti hotel ”Adelaide Hilton”. Menurut Hanifah, dia bersetuju untuk menyertai kepimpinan FAS, setelah melihat keadaannya persatuan tersebut yang terumbang-ambing ketiadaan ketua.

  2. Kembali Dan bangkitlah mcm era 90an bujang senang Kendali Alan vest sebuah pasukan yang di segani mana2 pasukan di Malaysia. Ayuh Sarawak bumi kenyalang.

  3. bila bc komen dlm tok,mmg besar harapan penyokong sarawak..harap taun 2017 team sarawak serta pihak pengurusan pasukan negeri perbaiki mutu bola sepak sarawak..baru penyokong yakin dn ingin pergi ke stadium memberi sokongan..

    #sarawakibupertiwi
    #saribasselamanya

  4. Ada juak sora sora sumbang keribang dlm tok… mun dh bagus gilak minta jk jadi presiden semadi nganok sik tentu pasal… mmg dasar manusia sengaja mencari kekurangan org lain tanpa menyedari kemampuan diri sendiri… bacul…

  5. Iboh beli pemain import bah…ambil semua anak jati sarawak..grenti ada hasil…amek pemain imlort belum tentu main mena2..janji gaji masok.

Comments are closed.