Kelantan sah tarik diri dari Liga Malaysia 

​Perkhabaran dari Kelantan menyatakan bahawa kata sepakat berkenaan penyertaan pasukan bolasepak Kelantan di Liga Malaysia telah mencapai kata sepakat. 

Keputusan Kongres Luar Biasa Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA)  2016 hari ini telah sebulat suara bersetuju dengan cadangan bahawa pasukan The Red Warriors menarik diri dari Liga Malaysia pada musim hadapan. 

Adalah difahamkan bahawa keputusan tersebut telah diambil oleh Exco KAFA dan ahli gabungan KAFA. 

Sungguhpun demikian, KAFA masih mengharapkan bantuan akan dihulurkan bagi menyelamatkan pasukan TRW, dan akan memuktamadkan keputusan penarikan diri TRW dari Liga Malaysia pada 6 Januari depan, sekiranya tiada bantuan hadir. 

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top