Pasukan Sabah FA yang kini sedang sibuk mempersiapkan diri dengan saingan Liga Premier musim 2017 hanya akan mengadakan perlawanan persahabatan di Likas dalam masa terdekat sahaja.
Namun demikian, pasukan tersebut memasang impian untuk beradu kekuatan dengan pasukan bimbingan David Usop, Sarawak.
Menurut Pengarah Sukan Sabah FA, Adlane Messelem, kekangan kewangan menjadi punca utama pasukan Sabah hanya akan menjalani perlawanan persahabatan secara domestik, dengan perlawanan menentang Selangor PKNS di jadualkan pada Januari 13 di Stadium Likas.
Adlane juga menyatakan beliau berharap Sabah akan dapat mencari satu lagi lawan kuat, dan satu lagi lawan lemah sebagai persediaan pra-musim pasukan tersebut sambil memberi gambaran bahawa beliau lebih senang jika satu perlawanan kompetitif dapat dianjurkan pada minggu hadapan.
Pasukan Liga Super, Sarawak FA tambah Adlane, telahpun dihubungi untuk mengadakan perlawanan persahabatan, namun beliau masih menanti maklum balas pasukan yang bertapak di Kuching itu.
Perlawanan di antara dua pasukan bolasepak dari Sabah dan Sarawak sudah pasti akan menarik minat ramai kerana sejarah ‘Borneo derby’ yang tidak pernah hilang sengatnya.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys



![[ViP] Is player selection pulling us down?](https://i0.wp.com/www.sarawakcrocs.com/wp-content/uploads/2014/04/Sarawak-vs-Selangor-058.jpg?resize=300%2C160&ssl=1)
O.k bah tu..
Harap di Std Negeri
Wow…Borneo derby..bila ehh last Borneo derby nie
ON jak
Harap2 d Likas, dapat juak kamek urg d perantauan tuk nangga team Swk main…kesurupan..kan Suryati Seman
Mudahan juak 👍🏽😁🙏🏽
Mr.Kopi: main home & away bagus. 😉
Harap2 main d likas dpt jua kmi warga lawas nie p stadium likas…
Uji gabung suai nuan bah… kuat kitai o.. x tai ke nda alah melaya nyk. Lolado pn serinda t bol 50-50. Hehehhe
Polah home away..
BORNEO DERBY…bagus polah home and away…boleh dipolah jd perlawanan amal juak…sekadar pandangan lah tek…
Bgus ni..borneo derby..lama dh sik nangga
Terbaik….
Sabah ne kalu swk mmg ada lwn..tp kalu lwn team xda lwn pla..
Ye..sama2 meguji kekuatan pasukan masing2.
Blh juga lgipun lams dh dua jiran ni x ada wat friendly match kn tgk sapa yg kuat
Blh bah kalo sabahan..maju bola utk borneo..ayuh ngap sayop