Kelab dari Sabah antara 14 pasukan dalam Liga M3 2021

Satu daripada 14 pasukan dalam Liga M3 2021 akan datag dari Sabah, sekaligus memberi satu petanda positf kepada pembangunan bola sepak di negeri tersebut yang manu mahu mengeluarkan leboh banyak pemain bola sepak dari Sabah.

Pasukan dari Sabah itu adalah pasukan Kinabalu Jaguars FC.

Susulan daripada Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Amateur Football League (AFL) yang pertama pada 26 Mac lalu, AFL, teah mengumumkan nama pasukan-pasukan yang telah disenarai pendek bagi menyertai kempen Liga M3 2021, Jun ini.

14 pasukan adalah seperti berikut:

  1. Armed Forces FC
  2. BRM FC
  3. Cyberlynx FC
  4. FC Langkawi
  5. Harini KS FC
  6. Kijang Rangers FC
  7. Kinabalu Jaguars FC
  8. KSR Sains FC
  9. Kuala Kangsar FC
  10. Langkawi City FC
  11. Manjung City FC
  12. MNY FC
  13. PIB FC
  14. Real Chukai FC

Menurut Pengerusi AFL, Datuk Wira Mohd Yusoff Haji Mahadi, sebanyak 23 pasukan telah menghantar permohonan untuk menyertai Liga M3 2021.

“Selain daripada 14 Pasukan di atas, maksimum 6 pasukan yang masih lagi disaring akan dipilih oleh pihak AFL bagi melengkapkan senarai pasukan akhir yang bertanding.

“Antara faktor yang menyebabkan pasukan gagal di dalam proses saringan dokumen adalah tiada sokongan daripada Persatuan Bolasepak Negeri (PBN), status kewangan yang tidak kukuh atau gagal untuk menghantar dokumen lengkap yang berkaitan.

“Seperti yang diumumkan 23 Disember 2020, AFL kini sedang dalam proses penstrukturan semula sebagai persediaan pasukan ke arah liga semi profesional di mana konsep atau format pertandingan yang baharu akan dikongsi kelak selepas pengumuman senarai akhir pasukan yang bertanding.

“Antara kriteria penting yang menjadi pengukur proses saringan dokumen untuk bertanding di dalam Liga M3 2021 adalah kesukanan, pengurusan dan pentadbiran, kewangan dan perundangan.

“Bagi musim ini juga, AFL telah membuka slot tambahan kepada pasukan baharu menerusi kerjasama bersama Persatuan Bolasepak Negeri (PBN) sekali gus memberi peluang yang sama rata kepada pasukan yang mempunyai hasrat untuk bertanding.

“Proses saringan dokumen ini telah dijalankan dengan adil ke atas semua pasukan di mana AFL telah memastikan komunikasi yang telus bersama mereka (pasukan),” jelasnya lagi.

Selain itu, Datuk Wira Mohd Yusoff turut berkongsi bahawa pasukan daripada Liga M4 juga diberi peluang untuk menyertai Liga M3 menerusi slot tambahan yang ditawarkan oleh AFL namun setakat ini hanya Real Chukai sahaja yang berjaya mengemukakan dokumen secukupnya.

Bagi memastikan pasukan-pasukan yang bertanding dalam Liga M3 2021 bersedia untuk melangkah ke liga profesional, AFL juga akan bekerjasama bersama Malaysian Football League (MFL) untuk melaksanakan dasar pelesenan dan penswastaan kelab di peringkat liga amatur bagi menjamin kualiti pasukan-pasukan Liga M3 dari segala aspek untuk tahun-tahun seterusnya,” katanya.

Buat masa ini, tidak diketahui sekiranya ada pasukan dari Sarawak akan menyertai Liga M3 walaupun hadir ura – ura sebelum ini bahawa kelab bolasepak Sibu District berminat menyertai liga berkenaan.

Pada musim lepas, hanya satu pasukan dari Malaysia Borneo bermain di Liga M3, yakni pasukan Sarawak FA.  Pasukan tersebut adalah pasukan di bawah Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) yang tersingkir ke Liga M3 selepas tewas perlawanan play-off Liga Premier pada tahun 2019.

Walaubagaimanapun, pasukan tersebut dijangka tidak akan kelihatan lagi selepas pihak pengurusan FAS dikhabarkan mahu lebih fokus kepada pasukan Sarawak United yang bermain di Liga Premier, dan Presidennya, Posa Majais dipetik berkata FAS kekurangan dana untuk menghantar pasukan tersebut untuk bertanding.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top