Pasukan Sarawak FA, yang kini digelar Sarawak United II, tidak akan bertanding di Liga M3 musim ini.

Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak, yang juga merupakan Pengarah Sarawak United FC, Posa Majais, memberitahu akhbar tempatan bahawa ketiadaan penaja menjahi punca sebab utama mengapa pasukan penuh sejarah itu tidak akan bermain di liga tersebut musim ini.

Posa walaubagaimanapun menyatakan bahawa pasukan tersebut boleh bertanding sekiranya ada pihak mahu menaja pasukan tersebut.

“Bagaimanapun, jika ada pihak yang mahu menaja, maka kami sedia menerimanya,” kata Posa kepada sebuah akbar tempatan Sarawak.

Posa sebelum ini ada menyatakan bahawa sesebuah pasukan yang ingin bertanding di Liga M3 memerlukan sekurang – kurangnya RM2 juta untuk membolehkan mereka bertanding di Liga M3.

Selain itu, dia juga menyatakan bahawa mana – mana pasukan yang mahu bertanding di Liga M3 perlu mendapatkan kebenaran Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS).

Dengan tiadanya pasukan Sarawak United II dalam Liga M3 musim ini kelak, maka Sarawak United hanya akan diwakili oleh satu pasukan sahaja di dalam sistem Liga Malaysia, yakni pasukan utama kelab tersebut.

Pasukan tersebut dijangka akan memulakan Liga Malaysia pada akhir bulan Februari 2021, dengan hajat melayakkan diri ke Liga Super 2022.