Hakikatnya Sibuti Bavarian bukanlah nama yang popular di kalangan peminat bola sepak Sarawak, namun pasukan dari Miri ini merupakan antara kelab bola sepak di Miri yang aktif di dalam mengembangkan bola sepak akar umbi.

Kebolehan kelab kecil ini tidak boleh dinafikan apabila ianya banyak menyumbang kepada melahirkan pemain bola sepak Sarawak.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Hakikat ini dibuktikan dengan pengeluaran lima pemain bertaraf tinggi oleh kelab tersebut, yang kini bermain dengan beberapa pasukan di luar Miri.

Antara pemain yang sudah berjaya digilap Sibuti Bavarian dan kini sudahpun mengembangkan sayap mereka menjangkau pasukan Miri itu adalah Filemon Anyie Standly yang kini bermain bersama pasukan Liga Super PKNP FC.

Turut pergi jauh adalah Amar Muaz Zamri yang kini bermain dengan pasukan Liga Premier Sarawak FA.

Pasukan Piala Presiden Johor Darul Ta’zim, yang juga dikenali sebagai JDT III juga telah menjadi pasukan tetap pemain muda Gabriel Nistelrooy Anak Tamin.  Pemain KV Miri itu meninggalkan Sibuti Bavarian musim ini tadi selepas ditawarkan tempat oleh pihak JDT.

Di peringkat Sarawak sendiri pula, Nail As’ad Bin Dahlan telah dipilih untuk bermain untuk pasukan Piala Belia Sarawak FA, manakala dua pemain muda Sibuti Bavarian, Alphonsos Joseph Willie dan Hazroy Abdullah telah diserap ke Projek SUKMA 2020 Sarawak.

Untuk makluman, Kelab Bolasepak Sibuti Bavarian dilatih oleh Hakimi Man, yang juga merupakan jurulatih yang telah memenangi banyak kejohanan sepanjang karier beliau sebagai jurulatih bola sepak.