Kelab Bolasepak Sibuti Bavarian telah dengan jayanya menganjurkan Kem Bakat dan Klinik Bola Sepak pada hujung minggu tadi, dari 2 – 3 November.

Antara intipati kem adalah klinik bola sepak, bengkel motivasi, bengkel sains sukan dan perlawanan bola sepak jemputan.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Kem telah berlangsung selama dua hari di Padang MDS Bekenu Sebuti, dan ianya dihadiri 42 orang pemain bola sepak yang rata-rata merupakan kanak-kanak dan pemain remaja.

Antara jurulatih jemputan ke kem tersebut adalah Hakimi Man, Saifulnizam Abdul Khamis (Ketua Jurulatih Piala Presiden PKNS FC), Kamal Daut (Ketua Jurulatih Sekolah Sukan FAS) dan Azlan Ahmad (Jurulatih Pembangunan Kuala Lumpur).

Turut hadir pada kem tersebut adalah Adun 71 Bekenu, B Hajjah Rosey Binti Haji Yunus.

Kelab Bolasepak Sibuti Bavarian adalah antara pasukan bola sepak yang aktif di Miri dengan pemain-pemain keluarannya banyak diintai oleh pemain pasukan kelab bola sepak lain di dalam dan luar Sarawak.

Ketua jurulatih kelab bola sepak ini adalah Hakimi Man.