Kejohanan antara kelab bola sepak Sarawak ditunda

Kejohanan bola sepak antara kelab yang dirancang oleh Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) akan ditunda ke musim hadapan.

Perubahan tarikh kejohanan tersebut adalah disebabkan oleh penularan Covid-19 yang mana memberi kesan kepada aktiviti sukan di Sarawak.

Penangguhan kejohanan tersbeut dimaklumkan oleh Presiden FAS, Posa Majais kepada Suara Sarawak di mana Posa akan memaklumkan tarikh baharu pada suatu masa kelak.

“Kami terpaksa menunda kejohanan ini ke tahun hadapan kerana masalah penularan Covid-19 yang tidak dapat dielakkan” kata Posa kepada Suara Sarawak.

“Ia akan dilangsungkan pada tahun hadapan akan tetapi pihak kita juga akan mencari tarikh yang sesuai”. katanya lagi.

Kejohanan baru tersebut sepatutnya mengumpulkan kelab – kelab bola sepak Sarawak dengan tujuan untuk mengetengahkan bakat bola sepak Sarawak dan sekaligus menjadi platform untuk membuka laluan kepada pemain muda untuk menyinar.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top