LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Kuching City minggu ini tadi telah mengumumkan mereka telah mengikat kontrak tiga pemain pemain baharu.

Pemain – pemain tersebut adalah Hidhir Idris, Shafizi Iqmal dan Wan Muhammad Faiz.

BELI JERSI SARAWAK UNITED DAN KUCHING CITY YANG TERKINI

Hidhir Idris merupakan pemain Kedah Darul Aman yang dipinjamkan ke Kuching City.

Pemain tengah berusia 25 tahun itu merupakan antara pemain utama ketika beliau dipinjamkan oleh Kedah ke PDRM musim lepas.

Shafizi Iqmal pula menyertai Kuching City dari kelab Selangor.

Berusia 23 tahun, penyerang muda ini telah berkhidmat dengan Kelantan United musim lalu dan pernah tersenarai mewakili skuad bawah 18 dan 19 tahun kebangsaan pada kejohanan AFF serta AFC bersama beberapa pemain ternama lain seperti Nik Akif, Akhyar Rashid dan Hadi Fayyad.

Pemain ketiga yang dibawa masuk Kuching City adalah Wan Muhammad Faiz , yang mana merupakan pemain Penang.

Faiz merupakan pemain sayap dan beliau pernah bermain dengan pasukan UKM sebelum dibawa ke Penang.

Kuching City kin isedang memperkuatkan barisan utama kelab tersebut dan dilihat bakal meletak harapan untuk ke Liga Super pada musim 2023 kelak.

>> DAPATKAN BAJU PEGAWAI KUCHING CITY