Kedah sambar pemain kelahiran Sarawak

Pasukan Liga Super Kedah Darul Aman FC telah mengikat kontrak bersama bekas penyerang Sarawak United FC, Mohammad Zharmien Ashraf Ismail, yang baru berumur 20 tahun.

Penyerang kelahiran Kampung Iboi Ulu, Sadong Jaya itu telah berjaya memikat hari pasukan Hijau Kuning itu yanfg menawarkan kontrak setahun kepada dirinya.

Zharmien dalam laporan media diberitakan gembira dengan perkembangan terbaru karier bola sepak dirinya dan beliau berterima kasih di atas kepercayaan pasukan Kedah kepada kemampuan dirinya.
“Gembira apabila mendapat peluang menyarung jersi pasukan Kedah Darul Aman FC musim depan.

“Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan Kedah Darul Aman FC atas kepercayaan,” ujar Zharmien kepada media tempatan.

Zharmien merupakan antara pemain utama pasukan Sarawak United dan pernah mencipta nama bersama pasukan Piala Presiden 2022 Sarawak United, dan pasukan Sukma 2022 Sarawak, dan pasukan Piala Belia Kedah pada tahun 2019.

Kejayaan Zharmien memikat barisan kejurulatihan Kedah bermaksud beliau akan terus meneruskan karier bola sepaknya di Liga Super pada musin 2023.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top