Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) akan berlangsung pada bulan hadapan.
Menurut surat dari badan induk bola sepak Sarawak itu yang tular di media sosial, mesyuarat tersebut akan diadakan di Sarikei pada 28 Januari 2023.
Antara agenda yang menarik perhatian dalam surat tersebut adalah agenda pemilihan Jawatankuasa Eksekutif FAS 2023/2025 kerana ianya dijangka akan melibatkan peletakkan jawatan Presiden FAS kini, Posa Majais.
Untuk makluman, Posa sebelum ini telah dilantik semula sebagai Presiden FAS bagi penggal 2022/24, dan jika Posa benar – benar meletak jawatan seperti dikhabarkan, ini bermaksud dia tidak menamatkan tempoh penuh jawatan yang dipenggangnya itu.
Dalam perkembangan sama, tiga individu dikhabarkan berminat menggantikan Posa sekiranya dia benar – benar meletak jawatan, yakni Rahman Lariwoo, Abang Suhordie Abang Zaini dan Abang Zulkarnain Abdul Rahman.
Daripada ketiga – tiga calon itu, Abang Suhordie mendapat sokongan daripada Posa yang mana menyatakan bahawa Suhordie memiliki pengalaman dan sumber kewangan yang kukuh untuk mengemudi FAS.