Kapit FA: Kami sudah mohon penjadualan semula perlawanan

Pihak pengurusan pasukan Kapit FA hari ini memaklumkan bahawa mereka telah sebenarnya memohon penjadualan semula perlawanan play-off Liga Bolasepak Rakyat (LBR) Zon II dengan Limbang. 

Penerangan tersebut susulan berita kemenangan percuma yang telah diberikan kepada Limbang di dalam perlawanan LBR Zon Borneo II pada 31 Disember yang lalu. 

Kennedy Kuyang, Presiden Kapit FA,  dalam pada itu menyatakan bahawa pihak LBR telah pada amnya bersetuju dengan penjadualan semula perlawanan tersebut, dengan meminta pihak Limbang FA memilih satu tarikh baharu diantara 4-19 Januari. 

Tambah Kennedy, pihak Limbang walaubagaimanapun enggan menunda tarikh perlawanan, sekaligus menyaksikan pasukan Kapit FA yang dibarisi ramai guru dan pelajar, gagal hadir ke perlawanan tersebut kerana tugas dan sesi pendaftaran sekolah. 

Ekoran daripada itu, Limbang telah diberi kemenangan percuma pada 31 Disember lalu, sekaligus menyaksikan pasukan tersebut selangkah ke peringkat seterusnya di dalam LBR.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top