Kapit FA anjur karnival bolasepak hujung minggu ini

Persatuan Bolasepak Kapit (Kapit FA) akan menganjurkan Karnival Bolasepak Bahagian Kapit bermula esok (7 Oktober).

Karnival yang akan berlangsung di perkarangan Kapit Town Square, akan bermula pada jam 2:30PM esok, dengan pendaftaran bagi pertandingan-pertandingan karnival diadakan bermula 10:30AM pagi yang sama.

Menurut maklumat yang kami terima daripada Presiden Kapit FA, Kenedy Kuyang, perkembangan terkini aktiviti yang dianjurkan oleh Kapit FA seperti maklumat maklumat berkenaan Akedemi Bola Sepak, dan Pelan Pembangunan Bola Sepak Kapit 2016-2020 (Fasa 1) akan turut ditayangkan oleh Kapit FA semasa karnival tersebut.

Antara pertandingan berkaitan bolasepak yang akan dipertandingkan adalah:
1. Street Soccer 2V2 (Lelaki Terbuka)
2. Street Soccer 2V2 (Perempuan Terbuka)
3. Street Soccer 3V3 (Lelaki Terbuka)
4. Street Soccer 3V3 (Perempuan Terbuka)
5. Sepakan Penalti Ketua Jabatan
6. Sepakan Penalti Antara Jabatan (5 Berpasukan)
7. Sepakan Penalti Antara Bank (5 Berpasukan)
8. Sepakan Penalti Lelaki Terbuka (2 Berpasukan)
9. Sepakan Penalti Perempuan Terbuka (2 Berpasukan)
10. Sepakan Penalti Lelaki Terbuka (3 Berpasukan)
11. Sepakan Penalti Perempuan Terbuka (3 Berpasukan)
12. Sepakan Penalti Lelaki Terbuka (5 Berpasukan)
13. Sepakan Penalti Perempuan Terbuka (5 Berpasukan)
14. Sepakan Penalti Individu Terbuka
15. Menimang Bola Paling Lama (Lelaki Terbuka)

Selain daripada itu, Karnival Bolasepak Bahagian Kapit juga akan turut menampilkan pelbagai aktiviti sampingan yang dijangka akan merapatkan tali persaudaraan warga Kapit, bersempena dengan Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Kapit 2016.

Masuk ke karnival adalah percuma. Karnival dijangka berakhir pada Ahad, 9 Oktober 2016.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top