Persatuan Bolasepak Bahagian Kapit (Kapit FA) hari ini mengumumkan jersi terbaharu pasukan mereka yang direka dan dikeluarkan oleh sebuah syarikat di bawah persatuan tersebut.

Jersi tersebut yang akan digunapakai buat pertama kalinya di pertandingan Piala Sarawak kelak, direka di dalam tiga warna yakni merah, biru dan hitam, dengan putih sebagai warna sekunder.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Di sebelah dada kiri jersei tersebut tercetak logo Kapit FA, manakala pada sebelah kanan kelihatan jenama Borneo Leopards yang disingkatkan kepada BL.

Pada pengamatan kami, jersi Kapit FA ini adalah amat ringkas tetapi menarik dan ianya merupakan usaha pertama pihak Kapit FA untuk menswastakan pasukan bolasepak mereka, dan sekaligus mencari dana melalui penjualan barangan rasmi mereka.

Jersi Kapit FA
Rekaan jersi Kapit FA yang pertama. Ilustrasi oleh Kapit FA

Lebih menarik lagi, ini adalah kali pertama sebuah syarikat tidak menggunakan jenama yang dihasilkan, atau dijual oleh pihak Lea Sports Center (LSC) yang sebelum ini memonopoli hampir semua pakaian rasmi pasukan bolasepak di Sarawak.

Menurut pengumuman rasmi Kapit FA, jersi tersebut boleh ditempah dengan menghubungi 014-8783148, dan jumlah keluaran adalah terhad kepada 100 helai sahaja, dengan harga RM49 sehelai. – sarawakcrocs.com

5 COMMENTS

Comments are closed.