Selepas melihat logo kelab bola sepak Sarawak United, tergeraklah kami untuk melihat berapa lama untuk kami mencipta logo baharu.
Untuk pengetahuan, logo SarawakCrocs yang kami cipta pada 2013 mengambil masa beberapa minggu untuk dihasilkan.
Ini berikutan kesukaran untuk mempamerkan lambang buaya dalam cara yang garang dan berkenan dengan inspirasi kami di SarawakCrocs.com
Dalam pada itu, berdasarkan logo Sarawak United yang baharu, logo di bawah kami hasilkan dalam masa 5 minit.
Logo di atas tidaklah secantik logo yang telah dibuat oleh pihak Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) seperti yang anda lihat dibawah.
Sungguhpun demikian, ianya memiliki ciri-ciri yang ada di logo Sarawak United tersebut seperti berasaskan burung kenyalang, mempunyai nama Sarawak United FC, berasaskan warna ’emas’,dan yang paling penting, ada bola bagi melambangkan ianya adalah pasukan bolasepak.
Kami terlupa nak masukkan ‘EST 2020’ tapi malaslah nak tambah bila selesai sebab kami main-main ja cipta logo ni.
Apapun, sebagai tambahan, kami juga meletakkan bintang 9 bucu yang menjadi sinonim kepada bendera Sarawak.
Bah, seperti kami kata, design kami ini tidaklah secantik design baharu Sarawak United, dan apa jugalah anda nak ‘expect’ dari design yang cuma mengambil masa lima minit.
Apapun, tahniah kepada FAS atas logo baharu mereka.