Kalendar Bola Sepak Liga Malaysia 2023 diumumkan secara rasmi

Kalendar bola Sepak Liga Malaysia 2023 akan bermula secara rasmi pada 24 Februari 2023 ini dengan perlawanan Piala Sumbangsih diantara Juara Liga Super 2022 melawan Naib Juara Liga Super 2022.

Untuk musim 2023, sebanyak enam pertandingan akan dianjurkan melibatkan Piala Sumbangsih (Piala Sultan Haji Ahmad Shah), Liga Super, Piala MFL (Liga Simpanan B23), Piala FA, Piala Malaysia dan Challenge Cup.

Menurut Malaysia Football League (MFL), Kalendar bola Sepak Liga Malaysia 2023 dirancang dengan mengambil kira perkara dibawah.

  1. Kalendar FIFA 2023 yang melibatkan latihan Pasukan Kebangsaan (Persiapan Pertandingan Pusingan Akhir Piala Asia 2023);
  2. Pertandingan AFC Champions League 2023 dan Pertandingan AFC Cup 2023;
  3. Pusingan kelayakan pertandingan AFC B23;
  4. Pertandingan AFF B23;
  5. Sukan Asia 2023, Guangzhou (B23);
  6. Kejohanan Sukan SEA 2023 (Cambodia);
  7. Pertandingan Piala MFL (Liga Simpanan) 2023;
  8. Pertandingan Piala FA 2023;
  9. Pertandingan Piala Malaysia 2023;
  10. Pertandingan Challenge Cup 2023;
  11. Hari pelepasan Am Persekutuan dan Negeri 2023 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri:
  12. Tempoh rehat dan perjalanan pasukan.

Piala Sumbangsih 2023

Piala Sumbangsih yang juga merupakan Piala Sultan Haji Ahmad Shah merupakan perlawanan pertama Liga Super 2023.

Pemenang perlawanan ini akan ditentukan dalam 90 minit perlawanan, dan menerusi sepakan penalti jika keputusan seri.  Keputusan 90 minit perlawanan akan menentukan mata kedua – dua pasukan bagi Liga Super 2023, dan pemenang sepakan penalti, sekiranya keputusan perlawanan seri, akan menentukan juara Piala Sumbangsih.

Menurut kenyataan Malaysia Football league (MFL), perlawanan ini akan diadakan pada 24 Februari dengan perlawanan Piala Sumbangsih di antara Johor Darul Ta’zim (Juara Liga Super 2022) melawan Terengganu FC (Naib Juara Liga Super 2022).

Liga Super 2023

Sejumlah 14 kelab akan merebut kejuaraan dalam saingan Liga Super 2023 termasuk dua pasukan dari Borneo – Malaysia, Kuching City FC dan Sabah FC.

Pasukan – pasukan lain adalah Johor Darul Ta’zim (JDT), Terengganu FC, Negeri Sembilan FC, Selangor FC, Kuala Lumpur City FC, Sri Pahang FC, Kedah Darul Aman FC, Penang FC, Kelantan FC, Kelantan United FC, PDRM FC dan Perak FC.

Piala MFL 2023 (Liga Simpanan B23)

Piala MFL akan melibatkan 15 pasukan yang dibahagikan kepada Kumpulan A dan Kumpulan B.

Empat kelab teratas akan masuk ke liga satu pusingan yang dipanggil Liga Juara dan dua pasukan teratas akan layak ke Perlawanan Akhir Piala MFL.

14 pasukan yang mengesahkan penyertaan ke Piala MFL adalah Johor Darul Ta’zim (JDT), Terengganu FC, Negeri Sembilan FC, Sabah FC, Selangor FC, Kuala Lumpur City FC, Sri Pahang FC, Kedah Darul Aman FC, Penang FC, Kuching City FC, Kelantan FC, Kelantan United FC, PDRM FC, Perak FC dan Skuad Projek FAM-MSN.

Piala FA 2023

Pertandingan Piala FA 2023 akan dijalankan secara satu pusingan.  Menurut MFL, ini termasuklah perlawanan-perlawanan suku akhir, separuh akhir dan akhir.

Tiga kelab terbawah Liga Super 2022 dan tigakelab terbawah Liga Premier 2022 akan bermain Pusingan Pertama (FA1) sebagai pasukan tuan rumah menentang Kelab Liga M3.

Enam kelab teratas Liga Super 2022 dan dua kelab teratas Liga Premier 2022 akan layak secara automatik ke Peringkat Pusingan 16 dan akan bermain sebagai Pasukan Tuan Rumah menentang pemenang perlawanan FA1.

Tarikh sepak mula Piala FA belum diumumkan oleh MFL.

Piala Malaysia 2023

Piala Malaysia 2023 akan menyaksikan perubahan format kepada pertandingan berprestij itu.

Pertandingan kali ini akan melibatkan semua 14 kelab Liga Super 2023 dan dua kelab teratas dari Liga M3 2023 (Pusingan 16 pasukan).

Tidak seperti tahun sudahm Pertandingan Piala Malaysia kali ini akan bermula selepas pertengahan musim.

Ini bermaksud Piala Malaysia 2023 akan berlaku selepas pusingan pertama Liga Malaysia selesai.

MFL menjelaskan proses undian/kelayakanakan mengikut kedudukan pasukan dalam liga.

Perlawanan Pusingan 16 Pasukan, Perlawanan Suku Akhir, Separuh Akhir akan dimainkan secara timbal balik.

MFL Challenge Cup

MFL Challenge Cup akan dipertandingkan semula dengan lapan pasukan yang tidak layak ke perlawanan Suku Akhir Piala Malaysia dimasukkan ke pertandingan ini.

Ianya akan dimainkan di perlawanan Suku Akhir pertandingan MFL Challenge Cup 2023.

Perlawanan Suku Akhir, Separuh Akhir dan Akhir akan dimainkan secara timbal balik di venue pasukan-pasukan yang layak.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top