Junior Eldstål kembali bermain bola sepak di Asia Tenggara

Bekas pemain Sarawak FA, Junior Eldstål, telah kembali bermain bola sepak di Asia Tenggara selepas beliau kembali ke England selepas menamatkan kontrak beliau di Johor Darul Ta’zim FC.

Bekas pemain kebangsaan Malaysia itu kembali ke Asia Tenggara dan telah memilih untuk menyertai kelab Liga 1 Thailand, Chonburi FC.

Pengesahan kelab baharu Junior dibuat oleh laman twitter Asian Football.

Junior yang merupakan pemain kacukan Malaysia, telah bermain untuk arawak FA dari 2013 hingga 2014 sebelum beliau dipancing pasukan gergasi Malaysia, JDT FC.

Beliau seterusnya bersama JDT tersebut selama tiga tahun, sebelum mengambil keputusan untuk bermain bola sepak di England.

Pada awal 2020, hadir khabar bahawa beliau akan kembali ke Malaysia untuk bermain bola sepak, namun kini sah bahawa beliau akan menyertai pasukan Chonburi FC.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top