PROMOSI BAJU

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

ketua jurulatih Kuching City, Irfan Bakti, tidak mahu memberi pelbagai alasan ekoran kekalahan pasukannya kepada Terengganu kelmarin.

Ketua jurulatih berpengalaman itu sebaliknya menerima kekalahan itu dengan terbuka, dan mendedahkan bahawa pihak pengurusan Kuching City kini sedang sibuk mempersiapkan pasukan untuk musim hadapan.

Promosi RM1

Irfan menjelaskan bahawa bahagian tengah Terengganu sememangnya tampak berkualiti dan perbezaan pasukannya yang bermain di Liga Premier dan pasukan Terengganu yang bermain di Liga Super adalah jelas.

Dalam perkembangan sama, Irfan juga bersyukur pemainnya berjaya menghabiskan 90 minit perlawanan sambil berjuang sebaik mungkin.

Beliau berkata demikian selepas memaklumkan bahawa pemainnya cuma mempunyai 48 jam berehat dan sememangnya beliau terpaksa mengeluarkan beberapa pemain kerana mereka sudah longlai di atas padang.

“Yalah, kami kalah kepada pasukan yang lebih baik dari kami. Mereka Liga Super dan kami Liga Premier.” kata Irfan selepas perlawanan.

“Dan bermain dalam keadaan betul – betul letih saya betul – betul bersyukur pemain saya dapat menghabiskan 90 minit, walaupun pemain Terengganu berjaya menjaringkan gol melalui penalti dan sepakan penjuru. Tetapi gol adalah gol.

“Tapi saya ucap tahniah kepada pemain saya yang bermain hingga saat akhir tetapi mereka yang keluar tu memang keletihan. Mereka dapat menahan pemain- pemain Penang.” jelas Irfan lagi.

Kuching City kini di tangga terbawah Kumpulan B ekoran kekalahan tersebut.