Bekas pemain Sarawak FA, yang juga baru sahaja selesai mengemudi pasukan Sabah FA, mungkin akan ke Kuching City FC.

Khabar kedatangan Kurniawan itu bukanlah satu rahsia dimana ianya telahpun banyak diperkatakan di media sosial dalam kebelakangan ini.

Sungguhpun demikian kini, Kurniawan sendiri mengesahkan bahawa Kuching City telahpun membuat tawaran kepadanya untuk menyertai kelab tersebut.

Kurniawan sungguhpun demikian menafikan beliau telah menerima tawaran tersebut setakat 22 Disember lalu.

Adalah difahamkan bahawa tawaran tersebut adalah untuk menjadi pembantu jurulatih Irfan Bakti, yang mana merupakan ketua jurulatih baharu kelab City of Unity itu.

“Saya belum menerima tawaran dari Kuching FA. Waktu itu memang mereka sudah menawarkan. Tapi, saya belum mengiyakannya,” kata Kurniawan Dwi Yulianto dalam artikel Bola.com pada 22 Disember lalu.

Kurniawan juga mengesahkan bahawa beliau juga ada menerima tawaran dari kelab lain, dan beliau sedang mempertimbangkan perkara tersebut.

“Saya sudah berkomunikasi dengan pelatih dan pengurus Kuching City FC. Sebelum dapat tawaran dari mereka, saya sudah menjalin komunikasi dengan klub lain.” jelasnya lagi.

Kurniawan dalam pada itu juga mengesahkan bahawa beliau masih di Malaysia dan sedang mempertimbangkan halatuju beliau seterusnya.

Kurniawan merupakan bekas pemain kebangsaan Indonesia, dan pernah menyarung jersi pasukan Sarawak FA pada tahun 2005 – 2006.

Beliau kemudiannya kembali ke Indonesia dan menyertai beberapa kelab besar di negara kelahirannya sebelum memulakan karier sebagai penolong jurulatih pada 2018 bersama pasukan kebangsaan Indonesia.

Pada tahun 2020, Kurniawan dilantik menjadi Ketua Jurulatih pasukan Liga Super, Sabah FA, dan berjaya membawa pasukan tersebut ke kedudukan ke-10 liga.