Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) dilaporkan oleh akhbar Utusan Borneo sebagai bersedia untuk melepaskan jawatan yang dipegangnya.
Sungguhpun demikian, Posa menegaskan bahawa individu yang berminat harus menepati kriteria yang dia tetapkan sebelum ini.
Antara kriteria yang ditetapkan Posa sebelum ini adalah presiden harus mempunyai kewangan kukuh disamping bersedia menghadapi cabaran tugas sebagai presiden. Sebelum ini, Posa telah menyatakan bahawa Presiden FAS perlu membelanjakan wang sekurang-kurangnya RM3 juta.
Tambah Posa, individu tersebut juga harus berjumpa dengan exco dan Posa sendiri dahulu.
Posa dipetik berkata “Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya bersedia memberi laluan kepada mana-mana individu yang berminat untuk menjadi presiden FAS.
“Namun, calon tersebut perlu mempunyai kelayakan untuk memimpin FA terutamanya memiliki kewangan yang kukuh.
“Selain itu, individu tersebut juga harus bersedia memikul tanggungjawab yang berat,”