Pasukan Sarawak FA telah melayakkan diri ke pertandingan Challenge Cup jika dilihat dari segi pungutan mata di dalam Liga Premier.

Sarawak yang menduduki tangga ke-11 Liga Premier dari asal 12 pasukan secara matematik ilihat sudah tidak mampu bergerak jauh di dalam Liga Premier.

SarawakCrocs Fantasy Premier League 2019/20

Ini memandangkan Liga Premier kini hanya berbaki tiga perlawanan dan Sarawak yang memiliki 10 mata akan tidak akan berjaya membawa diri keluar dari kelompok bawahan liga sekalipun memenangi kesemua perlawanan.

Turut akan melayakkan diri ke Challenge Cup adalah pasukan ke-6 hingga ke-12 Liga Premier dan pasukan tercorot dari Liga Super, sekaligus melengkapkan lapan pasukan secara keseluruhan.

Walaubagaimanapun hadir kemungkinan format kelayakan penyertaan ke Challenge Cup mungkin berubah musim ini berikutan ketiadaan pasukan ke-12 dari Liga Premier.

Situasi ini memandangkan penyertaan Perlis di Liga Premier telah dibatalkan pada musim ini, sekaligus mengakibatkan hanya 7 pasukan layak bertanding mengikut format asal pertandingan.

Challenge Cup yang merupakan pertandingan khas bagi pasukan yang gagal layak ke Piala Malaysia digunakan oleh Malaysia Football League bagi memastikan semua pasukan Liga Malaysia terus mempunyai ‘masa bermain’ ketika perlawanan Piala Malaysia berlangsung.

Selain daripada