Tips berkenaan pendaftaran pasukan FPL adalah sesuatu yang amat jarang diberi perhatian oleh pada pengurus pasukan Fantasy Premier League (FPL).

Manager yang menyedari kepentingan mendaftarkan pasukan FPL mereka awal akan cuba melakukan melakukan pendaftarkan pasukan FPL mereka seawal yang mungkin.

SarawakCrocs Fantasy Premier League 2019/20

Pendaftaran awal ini adalah kerana sistem FPL memberikan kelebihan khas kepada pasukan yang didaftarkan lebih awal apabila hadir situasi mata pasukan seri dalam liga yang mereka sertai.

Ini secara langsung memberi impak kepada kedudukan pasukan di dalam Liga Mini (mini-league) seperti SarawakCrocs Fantasi League (ScFPL), serta pemilihan pemenang untuk pertandingan anjuran pihak FPL sendiri.

BAGAIMANA KEISTIMEWAAN PENDAFTARAN PASUKAN FPL DIBERI

Seperti yang disebutkan di atas, pasukan yang didaftarkan lebih awal akan diberi kelebihan (priority) dalam menentukan kedudukan di dalam liga mini dan liga umum FPL.

Prinsip penentuan kedudukan ini akan digunapakai jika dua pasukan di dalam liga mini atau liga umum FPL mempunyai jumlah kutipan mata yang sama pada akhir musim.

Di dalam penentuan kedudukan liga seperti ini, kedudukan lebih tinggi akan diberi kepada pasukan yang mempunyai paling sedikit perpindahan pemain dilakukan.

Jika didapati jumlah mata dan juga jumlah pindahan pemain adalah sama, maka pasukan yang didaftarkan lebih awal akan mendapat kedudukan lebih tinggi.

Ini bermaksud jika anda memiliki jumlah mata yang sama dengan pasukan lain di dalam ScFPL, bilangan perpindahan pemain yang dilakukan, dan kemudiannya tarikh dan masa anda mendaftarkan pasukan akan menentukan kedudukan anda!

Prinsip sama juga digunapakai untuk liga umum FPL yang menawarkan hadiah bulanan dan mingguan.

Oleh sebab itu, anda perlulah mendaftarkan pasukan FPL anda lebih awal bagi menikmati kelebihan ini.

SERTAI SARAWAKCROCS FANTASY PREMIER LEAGUE

SarawakCrocs Fantasy Premier League (ScFPL) adalah Liga Fantasi yang dianjurkan oleh pihak SarawakCrocs sejak musim 2018/19.

Liga ini terbuka kepada semua dan hadiah adalah berupa wang tunai.

Bagi musim 2019/20, ScFPL menawarkan hadiah wang tunai berjumlah lebih RM2,000 kepada pemenang.

Untuk mendaftarkan pasukan FPL anda di dalam ScFPL, hubungi agen pertandingan

  • DON (+60135693485)
  • KIM (+60128086262)
  • CYRIL (+60168756183)

Tarikh tutup penyertaan adalah 10 Ogos 2019.