Pasukan bimbingan David Usop bakal menjalani dua lagi perlawanan ujian sekembalinya mereka dari Australia.
Maklumat berkenaan perlawanan ujian tersebut disahkan oleh pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), Dato Posa Majais ketika ditemubual Astro Arena.
Menurut Dato Posa, juara Liga Premier 2016, Melaka United dan pasukan Liga Super Perak akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Bujang Senang bagi mempersiapkan lagi pasukan untuk musim hadapan.
Tarikh, lokasi dan masa perlawanan tersebut walaubagaimanapun belum lagi diketahui buat masa ini.
Melaka United adalah juara Liga Premier dan peserta baru di dalam Liga Super musim hadapan manakala pasukan Perak terkenal dengan bakat muda mereka yang berjaya memberikan saingan yang amat hebat pada Liga Super musim lalu.