Jersi tribal SarawakCrocs 2018 mula dijual hari ini. Harga RM70

Mulai hari ini, pihak kami di SarawakCrocs akan mula menjual jersi tribal SarawakCrocs 2018 yang hadir dengan rekaan terbaharu, secara pra-tempah (pre-order).

Jersi yang pada kali ini berwarna hitam, direka oleh pasukan pereka grafik SarawakCrocs dengan ciri-ciri unik jelas kelihatan pada jersi tersebut.

Jika anda telah membeli jersi kami pada tahun lepas, sukacita kami maklumkan bahawa kualiti jersi pada kali ini adalah sama, dan kami mengambil keputusan tidak menaikkan harga bagi membolehkan terus mampu dimiliki semua.

Kami juga telah bekerjasama dengan sebuah syarikat pencetakan baju bagi menawarkan khidmat ‘cetakan nombor’ dan ‘cetakan nama’ pada kos berpatutan untuk mereka yang inginkannya.

Ukuran jersi tribal SarawakCrocs 2018

Untuk menempah jersi tribal SarawakCrocs 2018, anda boleh terus membuat tempahan secara online di KEDEY.SARAWAKCROCS, atau menghubungi mana-mana nombor dibawah secara whatsapp, sms atau panggilan telefon.

  • KIM: +60128086262 (WhatsApp/SMS/Call sahaja)
  • DON: +60135693485 (WhatsApp/SMS/Call sahaja)
  • REAL: +601127140997 (WhatsApp/SMS sahaja, Isnin – Jumaat)

Sebelum membuat tempahan, sila maklum beberapa perkara berikut:

  1. Tempahan adalah secara pra-tempah bermula 10 Jan – 26 Jan 2018.
  2. Jersi akan dihantar bermula pada minggu terakhir Februari 2018 (26 Feb).
  3. Jika anda menempah bersama cetakan nombor dan nama, akan ada kelewatan penghantaran kerana kami perlu mencetak nombor dan nama anda dahulu.
  4. Tempahan secara online wajib menggunakan POSLAJU.
  5. Pembeli yang memilih untuk menggunakan khidmat POSLAJU akan dihantar lebih cepat berbanding pengambilan ‘By hand’ kerana pengambilan ‘by hand’ juga mengambil kira bila kedua-dua pihak ‘FREE’ untuk bertemu. Pengambilan ‘by hand’ bermaksud kami akan menetapkan satu lokasi untuk mengambil jersi, dan anda perlu ke lokasi tersebut untuk mengambil baju tersebut.
  6. Jersi perlu dibayar secara penuh (Paid in full).  Jika bayaran tidak diterima selepas 26 Januari, pihak kami akan menggangap tempahan adalah terbatal.
  7. Tempahan untuk batch kedua bergantung dengan jumlah tempahan. Jika jumlah tempahan tidak menggalakkan, kami tidak akan membuka untuk tempahan baharu.
  8. Tiada diskaun diberi untuk pembelian, walaupun untuk pembelian pada jumlah yang besar.

Tempahan jersi boleh dibuat pada nombor yang diberikan diatas, atau terus ke https://kedey.sarawakcrocs.com hari ini.

 

 

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top