Persatuan Bolasepak Sarawak hari ini telah mengumumkan harga tiket baharu bagi musim 2018.

Harga tiket baharu itu menunjukkan pengurangan harga bagi semua tempat duduk dengan bahagian teres terbuka kini berharga RM10 bagi orang dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Bagi teres berbumbung A, B dan C, harga tiket diseragamkan, dan juga diturunkan kepada RM15 bagi orang dewasa dan RM7 untuk kanak-kanak. 

Tiket Emas yang memberi pemegangnya pas khas ke ruamg legar King of Crocs dijual pada harga RM200 untuk satu perlawanan.

Bagi peminat yang inginkan pas bermusim, tiket ruangan VIP (Platinum) dijual pada harga RM3,000, manakala tiket teres terbuka dijual pada harga RM120.

Dapatkan jersi tribal SarawakCrocs edisi 2018!
Dapatkan jersi tribal SarawakCrocs edisi 2018!

Bagi teres berbumbung A dan B pula, harga tiket bermusim bagi orang dewasa adalah RM160, dan RM80 bagi kanak-kanak.

Tiket bermusim teres berbumbung C pula ditetapkan pada harga RM180 untuk orang dewasa dan RM90 untuk kanak-kanak.

Menurut kenyataan FAS, penjualan secara online tidak akan dibuat pada masa ini, dan semua tiket perlu dibeli di kedai sukan Lea Sports Centre, kecuali tiket Emas dan platinum yang boleh diperolehi dengan menghubungi Haji Mohamad Fuad di 0128083445.

9 COMMENTS

Comments are closed.