Home Malaysian football Sandro tolak Selangor FC untuk Sarawak United

Sandro tolak Selangor FC untuk Sarawak United

Pemain tengah Sandro Mendonca telah menolak tawaran kontrak dari kelab Liga Super Selangor FC untuk bersama pasukan Sarawak United FC.

Sandro yang telah bermain di Malaysia selama enam tahun akan berhijrah ke Sarawak United dan bertemu bekas rakan sepasukan beliau Taylor Regan and Zahril Azri..

Turut sama biasa dengan kehadiran Sandro adalah Pengarah Teknikal Sarawak United B. Sathianathan.

Sandro yang berumur 37 tahun kini telah bermain dengan beberapa pasukan di Brazil, Turki, sebelum berliau ke Kedah dan Selangor.

Beliau yang mengaku ditawarkan kontrak oleh Selangor, berkata kepada akhbar The Star bahawa kontrak baharu Selangor tidak memenuhi kehendaknya.

“Saya telah menerima pengurangan gaji dan saya tidak ada masalah membantu pemain muda di Selangor II.  Sungguhpun demikian, mereka mahu mengurangkan lagi gaji saya dan saya rasa agak terkilan mahu berbuat demikian” jelas pemain tengah tersebut kepada The Star.

Sandro juga mengakui bahawa beliau memilih untuk berhijrah ke Sarawak United kerana perancangan dan cita – cita kelab tersebut.

“Saya kemudiannya menerima tawaran Sarawak United dan dari apa yang saya nampak, mereka mempunyai projek besar. Mereka juga mempunyai orang yang sudah bekerjasama dengan saya, jadi saya telah mengambil keputusan menerima cabaran baru.” ujarnya lagi.

“Mempunyai cita – cita adalah penting untuk sesebuah pasukan.

“Saya berharap saya akan dapat melaksanakan tugas saya seperti biasa kerana bagi saya, saya telah menamatkan musim di Selangor dengan rekod baik” jelas Sandro lagi.

Sandro telah menjaringkan lima gol dari 12 perlawanan pada musim lepas.

Di Sarawak United, beliau akan digandingkan dengan pemain ternama lain yang sudah sah menjadi pemain Sarawak United seperti Norshahrul Idlan Talaha, Christie Jeyaseelan, R. Gopinathan, Christie Jeyaseelan dan pemain pertahanan Khair Jones dan Amer Saidin.

RECOMENDED LINKS: