Setiap musim, pasukan bola sepak akan mengeluarkan jersi paling menarik di Liga Malaysia bagi musim bola sepak yang baharu.
Jersi, ibarat lambang pasukan dan jersi yang menarik sudah pasti akan membuat peminat teruja.
Sungguhpun kebanyakan jersi adalah menarik dan cantik dalam gaya tersendiri, di sini kami senaraikan lima jersi yang kami rasakan paling menarik untuk musim 2020 Liga Malaysia.
4JERSI KE-3 PULAU PINANG FA [STALLION]
Walaupun jersi Pulau Pinang FA ini bukanlah jersi utama pasukan Pulau Pinang FA dan merupakan jersi ketiga pasukan tersebut. Kami merasakan ianya cukup unik dan menarik, khususnya pada rekaan depan jersi tersebut.
Ini adalah kerana jersi jenama Stallion ini bijak mengatur garisan serta susunan pada jersi ini, sekaligus membuatkannya kelihatan minimalist, tetapi menarik.
Corak curve putih pada satu belah dipadankan dengan cantik dengan warna merah yang menjadi warna utama jersi tersebut. Selain itu, susunan jenama juga membutakan jersi ini tidak terlalu penuh dan nampak kemas.



