Kuching City FC telah mengesahkan mereka akan melancarkan rasmi jersi Kuching City FC yang baharu pada 16 Ogos 2026 di Plaza Merdeka, Kuching.
Pelancaran jersi tersebut adalah sehari sebelum saingan musim baharu bermula dan 5 hari sebelum kelab tersebut turun buat pertama kalinya dalam musim 2026/27.
Menurut perkongsian, jersi Kuching City FC bagi musim 2026/27 dikatakan akan membawa ciri retro, sekaligus memberi gambaran ianya berkemungkinan agak berlainan dari konsep moden yang sering dibawakan kelab tersebut.
Corak jersi retro biasanya dikaitkan dengan jersi-jersi klasik sekitar 1970-an, 1980-an, or 1990-an dimana jersi akan mempunyai corak geometri unik di dalam rekaan jersi tersebut.
ANDAIAN SARAWAKCROCS
Dengan Kuching City FC kini mempromosikan diri sebagai kelab yang mewakili Sarawak di persada nasional dan asia, pihak kami merasakan jersi retro yang akan dibawakan oleh Kuching City akan memiliki ciri-ciri jersi lama pasukan Sarawak FA ketika zaman kegemilangannya.
Ini sekaligus akan menyaksikan jersi Kuching City FC kali ini menggunakan corak belang seperti jersi Sarawak FA ketika menjadi kuasa bola sepak suatu masa dahulu.
Andaian kami berkenaan jersi Kuching CIty FC 2026/27 boleh dilihat di imej yang disertakan.
Samada ianya hampir, sama atau sangat berlainan, sama-sama kita nantikan pelancaran jersi rasmi The Cats pada 16 Ogos kelak. – SarawakCrocs
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys


