Jersi Kuching City 2023 dilancarkan

Jersi Kelab Liga Super Kuching City FC hari ini melancarkan jersi 2023 baharu mereka dalam satu majlis besar di Tebingan Kuching.

Majlis yang bermula dengan acara pra-majlis pada 4PM menyaksikan kelab tersebut mengadakan pelbagai kegiatan yang melibatkan pemberian cenderamata Kuching City FC, aktiviti berkait Akademi KCFC dan juga konsert kecil.

Turut memeriahkan majlis adalah bekas pemain kebangsaan Australia Mark Schwarzer, yang pernah bermain bersama Fulham, Chelsea dan Leicester City suatu masa dahulu.

Jersi Kuching City 2023

Jersi kelab The Cats kali ini mengekalkan warna putih yang menjadi warna utama kelab tersebut dengan sedikit warna hijau dikenakan pada jersi berkolar bulat itu.

Terdapat jalur hitam nipis pada jersi kini, dengan kolar lengan dan kolar bulat mempunyai jalur hijau.

Jersi tempat lawan pula adalah berwarna oren sepenuhnya, sekaligus menjadi satu warna baharu yang digunapakai kelab tersebut.

Jersi ketiga merupakan jersi gabungan warna ungu dan merah jambu, dengan dua versi jersi penjaga gol juga ditonjolkan semasa pelancaran jersi tadi.

Jersi – jersi lain kelab tersebut bagi musim ini adalah seperti anda boleh lihat dibawah.

Kelainan paling ketara pada jersi Kuching City kali ini adalah dengan adanya bendera Sarawak pada jersi kelab tersebut.

Beli Jersi Kuching City FC

Jika anda mahu membeli jersi Kuching City FC, khususnya jersi baharu ini, ianya dijual pada harga RM89 dan boleh diperolehi di laman – laman dibawah.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top