Jersi baharu Kuching City dilancarkan 17 Februari depan

Kuching City FC telah mengumumkan bahawa kelab tersebut akan melancarkan jersi baharu mereka pada Jumaat depan, bersamaan dengan 17 Februari 2023.

Majlis pelancaran jersi berkenaan akan diadakan di Kuching Waterfront, dengan kelab tersebut mempelawa semua peminatnya hadir.

Sungguhpun demikian, kelab tersebut tidak menyatakan waktu majlis akan dilangsungkan, namun pihak kami menjangkakan ianya akan dilangsungkan pada sebelah petang, selepas sembahyang Jumaat, ataupun pada waktu malam.

Kuching City akan bermain di Liga Super buat pertama kali dalam sejarah penubuhannya dengan kelab yang juga digelar The Cats itu dijangka menampilkan jersi yang mempunyai warna hijau dan putih sebagai jersi tempat sendiri pada musim ini juga.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top