“JDT terlalu bagus” – David

Ketua Jurulatih Sarawak, David Usop telah menyatakan bahawa pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) adalah terlalu bagus berbanding pasukan bimbingannya.

Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan, David mengakui bahawa pasukan JDT mempunyai keampuhan terbaik khususnya di bahagian tengah padang yang mana menyaksikan pemainnya ‘letih’.

Dalam pada itu, David turut merasakan gol awal JDT sepatutnya dibatalkan kerana penjaga gol Sarawak FA, Shahril Saári telah dikasari pada ketika itu, namun menyatakan bahawa “mungkin pengadil tidak nampak”.

David walaubagaimanapun memuji kesungguhan pemainnya menyaingi pasukan JDT, yang juga merupakan wakil negara ke Piala AFC musim ini.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top