Pasukan Bujang Senang gagal mencipta kemenangan pertama di halaman sendiri untuk Liga Super malam ini selepas tunduk kepada pasukan Johor Darul Ta’zim 2-0 malam ini.
Perlawanan bermula rancak dengan pasukan Sarawak FA tidak membuang masa menyerang kubu JDT, namun tiga percubaan awal daripada Nur Shamie, Tommy Mawat dan Mark Hartmann gagal menemui sasaran.
JDT yang bertahan pada minit-minit awal perlawanan mula menampakkan mutu tersendiri selepas itu, dan Cabrera merobek gawang Sarawak FA yang dikawal Shahril Saari pada minit ke-9 dengan rembatan hasil sepakan penjuru Syafiq Rahim.
Sarawak FA cuba bangkit, namun kualiti hantaran serta kekukuhan bahagian tengah JDT yang dikawal Nazmi Faiz sukar ditandingi sekaligus menyaksikan kebanyakan cubaan serangan Sarawak FA berakhir dengan kekecewaan sehingga tamatnya babak pertama.
Pada babak kedua, Sarawak FA memasukkan Shreen Tambi untuk memperkemaskan bahagian tengah, namun ketangkasan bahagian tengah pasukan yang bermain di Piala AFC itu amat ketara, menyaksikan JDT banyak mengusai pwrlawanan.
Pada minit ke 70, satu gerakan solo dari Cabrera menemui belakang gol Sarawak FA untuk gol kedua perlawanan.
David Usop, Ketua Jurulatih Sarawak FA cuba mempertajamkan serangan beliau dengan memasukkan Mohd Hafiz dan Abdul Rahim, namun kedudukan 2-0 memihak JDT kekal sehingga berakhirnya perlawanan.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys



such a great fanpage
Player smua local ..
Teruskn berjuang sarawak F.A
Dana psukan swk hnya 7 juta jdt 30 juta semusim termasuk tiket plawanan
Jdt semua pmain pasukan lain yg bagus2 jdt mampu byr gaji mahal2 swk hanya mmpu byr gaji bekas piala persiden.
Boring dh…
Standard pemain swk blm cukup ampuh…..asyik main yo….yo je
Apa guna compny kaya ka swk tok. Shin yang. Naim. Cms. Ta ann. KTS. Byak gik oi….. Nyuruh cm minta bjet ngan cdak nya.
bnyak rykat srwk..tak ptut..tdak berbakat main bola…cari yg lyak….bgi yg dh tak larat.. buang ambil yg berbakat..
Taktikal kurang,new coach in
Setuju bro Richmond Lee Bon..👍👍👍
Sarawak vs Malaysia lh,,, patut pun,,, kalah x malu,,,
Pasukan tok perlu masa utk dibentuk sepenuh nya. Rata2 msih mentah. Mun dikekalkan team nektok ada harapan pegi jauh sbb dk nya gk miak. Perlu penambahbaikan. Mok blanja lebih pun duit x banyak. Pande2 la mkei player sedia ada. Asah mena2, mustahil dk nya x akan lebih terer dri dak JKT. Maka dari tanah Sarawak juak. Give trust to the players to prove their potential.
Serangan patas
Hantaran tepat
Speed mesti ada
Kawal bola bagus
Serangan tajam
Tendangan tepat
Setiap bola dtg mesti mata kena awas
Lincah
Jgn simpan bola terlalu lama di kaki
Tapi pemain kita masih mudak lg tapi aku merasa bangga dgn kesungguhan pemain mudak kita perlu di latih dari segi yg kamik madah di atas ya bah aku rasa kita boleh lawan mana2 pasukan teruskan tingkatkan usahamu kerna masih muda lg kami ttp sokong rebah bgunmu
Apa pun tahniah JDT.. Sarawak Fa teruskan usaha…
bagus sarawak walaupn kalah tp tak putus asa..pemain local sarawak nang hebat..admin minta JKT balik sarawak..
Ambik la pemain local nk dah matang n ada pngalaman.ada banyak main dlam liga domestik..tok ambik nak mentah..kata orang tua2 agik minum susu..
Striker dan back bagus dah atur midfield jak . Kesian striker turun naik susah maok menanh
kalah gik…bhg tgh hàncur..tepi hancur…mistake yg sama…
Dh mdh dh swak mmg klh dr JDT bab coach kurang bepengalaman. Jd FAS tlg take action jgn pndg ringan hal tok. Dh 7 game 2 home klh. Mun cdak perak tek dh d buang nya coach mcm david usop ia.
TMJ pun akan buang coach nok xda perubahan mcm tok..dr thun lepas smpe thun baru tok msh xda perubahan. FAS mcm lh xda pilihan coach lain..zainal abidin ada jd pganti
Liga Super 2017 Sarawak 0 – 2 JDT
https://www.youtube.com/watch?v=BD2v3MfPzzI
sikpa… len kali improve lagi… caiyokkk…. thaniah #jdt
sik boleh nyalahkan coah juak… bnyak faktor lain n dalaman yg kita penonton tk sik tauk… yg pnting terus support sarawak team… caiyokkkk
ngap sayot tetap di hati….walaupun kalah……
Home susah mok mng. Akai….
belagu lok..
https://www.youtube.com/watch?v=eE41Rl-fw2k
Jgn beli pemain import, cuba sma guna permain tempatan, Sarawak mmang menang, mcam mna Sarawak kalah sarwak tetap d ati, Sarwak tetap disokung.
jangan pakai jersi merah la utk semua perlawanan liga home n away match… Better pakai jersi hitam…
lawan t-team, (jersi hijau) seri 1-1
lawan Kedah (jersi hitam) kalah 3-2 (tapi jaringan dari luar kotak penalti
Lawan Pahang, (jersi merah) kalah (0-1, ketinggalan minit 10-20)
lawan Penang (jersi hitam) menang 0-1 (jaringan dari luar kotak penalti
Lawan Melaka (jersi Merah, kalah 0-1 (ketinggalan minit 10-20)
Lawan PKNS (jersi hitam) menang 2-3 (2 gol berpunca dari luar kotak penalti
Lawan JDT, (jersi merah) kalah lagi 0-2
warna merah mana match dengan motif Bungai terung oi….. hitam baru match
pakai jersi merah asyik ketinggalan saja pada minit sekitar minit 10 dan 20
bukan saja kalah, turut gagal jaringkan sebarang gol…
better pakai merah utk FA cup saja
Ngap sayot tetap d hati…terus support sarawak….cheers…
Semangat yg penting… Menang baru tauk org nak cari dana… Dapat habuan.. Tok apa kes