JDT penghalang impian Piala Malaysia Kuching

Pasukan Kuching FA berdepan tugas sukar untuk kempen Piala Malaysia kelak apabila diundi bersama juara bertahan Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT).

Undiah yang diadakan tadi menyaksikan pasukan kerdil itu diundi menentang pasukan ‘favourite’ untuk memenangai kejohanan berprestih tersebut, sekaligus mungkin menyaksikan ‘mimpi indah’ pasukan yang baru berusia lima tahun ini berakhir.

Kuching, yang baru ditubuhkan pada tahun 2015, telah melalui perjalanan yang cukup unik dan berjaya sebagai pasukan baharu.

Pasukan muda ini menjuarai Liga Bolasepak Rakyat pada awal peringkat penubuhannya, sebelum ditawarkan menyertai Liga FAM yang kemudiannya dikenali sebagai Liga M3.

Di Liga M3, Kuching sekali lagi menunjukkan belang apabila layak secara merit ke Liga Premier pada tahun 2019 dengan menewaskan pasukan ‘abangnya’ Sarawak FA di dalam play-off Liga Premier pada penghujung musim lepas.

Pada musim ini, yang juga merupakan musim sulung pasukan Kuching di Liga Premier, pasukan yang bertapak di Stadium Negeri itu bukan sahaja berjaya mengakhiri liga di tangga ke-4 Liga Premier, tetapi juga telah melayakkan diri ke pertandingan Piala Malaysia.

Jika pasukan simpanan tidak diambil kira, Kuching merupakan pasukan ketiga terbaik di Liga Premier, dan ini adalah satu pencapaian yang diluar jangkaan bagi pasukan baharu seperti Kuching.

Ini terutama sekali sesuatu yang boleh dibanggakan memandangkan Kuching mengatasi pasukan – pasukan lain yang mewakili negeri, yang diketahui juga telah berbelanja besar bagi memberi saingan pada musim ini.

Lebih manis, kejayaan Kuching berjaya berlaku biarpun pasukan tersebut diketahui tidak mempunyai peruntukan besar, dan menggunakan khidmat dua pemain import percuma yang disumbangkan oleh Yakult.

Dengan JDT kini menjadi penghalang kepada ‘mimpi indah’ pasukan Kuching, persoalan di kalangan peminat adalah adakah Kuching mampu melakukan ‘upset’ dan menewaskan JDT.

Hakikatnya, di atas kertas, JDT bukan lawan setara dengan Kuching memandangkan pasukan JDT adalah juara berturut – turut Liga Super, dan Kuching hanyalah nama baharu di dalam liga profesional Malaysia.

Sungguhpun demikian, bola itu bulat, dan mungkin Kuching mampu melakukan kejutan pada perlawanan pertama Piala Malaysia Kuching kelak masih ada, dan pasti akan diraikan jika ianya dilakukan.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top