Pemain muda kelahiran Sarawak, Gabriel Nistelrooy telah menyambung kontraknya bersama kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim.

Menurut maklumat yang kami perolehi, Nistelrooy melanjutkan kontrak beliau selama dua tahun, sekaligus menyaksikan beliau bakal menjadi pemain Sarawak yang paling lama bersama pasukan berkenaan.

Nistelrooy yang bermain untuk pasukan simpanan JDT FC, mengesahkan khabar bahawa beliau telah dilanjutkan kontrak dua tahun.

Beliau yang dihubungi SarawakCrocs berkata bahawa beliau teruja dapat melanjutkan kontrak kerana ianya bukan mudah untuk mendapat kontrak dengan pasukan seperti JDT.

“Memang rasa teruja apabila dapat dilanjutkan kontrak di JDT sebab bukan senang untuk berada di kelab terbaik Asia” kata Nistelrooy ketika dihubungi.

“Impian saya adalh untuk terus berusaha keras dan memecah masuk ke pasukan kesebelasan utama suatu hari kelak” katanya lagi.

Nistelrooy sebelum ini telah mengambil langkah berani dengan menyertai JDT 3 pada usia muda, sekaligus menyaksikan anak muda berbangsa Iban ini kini diserap ke pasukan Liga Premier JDT 2.