Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim melaungkan amaran awal bahawa mereka akan terus cuba menguasai Liga Malaysia musim ini apabila membuka tirai liga bola sepak terulung negara dengan memenangi Piala Sumbangsih malam ini tadi.
Biarpun bermain tanpa kehadiran peminat setia, juara Liga Super tujuh kali itu menewaskan Kedah Darul Aman FC dengan jaringan 2-0 pada perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam tadi.
JDT yang sememangnya merupakan pilihan untuk memenangi kejuaraan tersebut tidak menunggu lama untuk menjaringkan gol pertama perlawanan.
Muhammad Safawi Rasid meletakkan pemain tuan rumah di hadapan perlawanan melalui merembat kencang pada minit ke-35 dan hasil rembatan luar kotak penalti Natxo Insa pada minit ke-68 memastikan JDT terus selesa sehingga masa penuh.
Kejuaraan JDT itu meletakkan JDT sebagai pemenang empat tahun berturut-turut bagi kejohanan tersebut.
Kejuaraan tersebut juga merupakan kejuaraan kelima pasukan Southern Tigers sejak 2015.
//Sumber gambar JDT FC